Rabu, 11 Julai 2012

AGENDA NEGARA BERKEBAJIKAN

Ahad, 8 Julai 2012

46 % DARIPADA GRADUAN UNIVERSITI PALESTIN MENGANGGUR








Sabtu , 07-07-2012 - Statistik data rasmi menunjukkan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan graduan universiti Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Biro Pusat Statistik Palestin pada Isnin lalu melaporkan kadar pengangguran di kalangan rakyat Palestin berusia antara 20 dan 29 tahun serta mempunyai kelayakan akademik telah meningkat kepada 46.5% pada tahun lepas. Kadar pengangguran di Tebing Barat telah mencapai 38.8% manakala 57.5% di Semenanjung Gaza dengan peningkatan sebanyak 1.7% berbanding dengan 2010 yang mencecah 44.8% pada waktu itu.
Kadar pengangguran yang lebih tinggi di Gaza adalah di kalangan graduan Sains Alam Semula Jadi, Sains Sosial dan Perlakuan, kewartawanan dan media. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran yang lebih tinggi di Tebing Barat adalah antara graduan Pendidikan Sains, Sains Manusia, Matematik dan Statistik.

PENDAFTARAN PENGUNDI DITANGGUH SEMENTARA WAKTU



Sabtu , 07-07-2012 - Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas berkata pada selasa, kerja-kerja pendaftaran pengundi telah ditangguhkan buat sementara waktu.
Dia memberitahu pemberita, langkah tersebut berikutan dengan kempen penahanan penyokong dan kader Hamas yang semakin meningkat di Tebing Barat. Beliau menambah, fail pendaftaran di Tebing Barat tidak selamat kerana pergerakan mereka tidak dapat mengawal sepenuhnya dakwaan dan gangguan yang dihadapi pergerakan tersebut di Tebing Barat

Jumaat, 6 Julai 2012

GELOMBANG KEBANGKITAN ISLAM DI MESIR


Pengisytiharan Mohamed Morsi dari Ikhwanul Muslimin sebagai presiden Mesir semalam meneruskan kesinambungan gelombang kebangkitan Islam di Timor Tengah dan Afrika Utara yang berjaya menumbangkan rejim-rejim diktator.
Pelantikan beliau ini juga tentunya diraikan oleh semua gerakan Islam di negara-negara Islam termasuk di Timor Jauh apatah lagi parti PAS di Malaysia ini.
PAS dan ikhwanul Muslimin dianggap seperti saudara kembar. Dasar perjuangan Ikhwan yang berasaskan teologi sama dengan dasar perjuangan PAS.
Malahan ramai tokoh, pemimpin, ustaz dan ulama yang menyertai PAS adalah lulusan dari Universiti Al Azhar, universiti tertua dan terbilang di Mesir itu.
Sehinggakan gerak kerja dan pentadbiran Ikhwan banyak mempengaruhi gerak kerja dan disiplin parti PAS terutama dalam aktiviti usrah, tanzim dan muktamar.
Kemenangan ini dilihat memberi kekuatan dan menyuntik semangat baru kepada aktivis dan pejuang Islam terutama ahli-ahli PAS dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.
Siapa yang tidak kenal dengan tokoh yang menjadi pengasas Ikhwan, Sheikh Hassan Al Banna sehinggakan cara pemikiran dan gerak kerja beliau dalam Ikhwan menjadi teks dan panduan dalam usrah PAS.
Morsi, 60, lulusan University of Southern California memenangi pilihan raya presiden dengan memperolehi 51.73% undi dengan mengalahkan Ahmad Shafiq, bekas perdana menteri dan komander tentera udara era Hosni Mubarak.
Namun Morsi dijangka mempunyai kuasa yang terbatas kerana kuasa pentadbiran telah banyak diambil alih oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF – Supreme Council of Armed Forces) yang memerintah negara itu sejak kejatuhan Mubarak.
Jika pergerakan Morsi terus dihadkan maka pergolakan dijangka akan berterusan memandangkan golongan muda dan rakyat terbanyak di negara itu sudah lama hidup menderita dengan kadar kemiskinan yang tinggi dan kebebasan mereka disekat.
Dasar luar
Bagi kuasa Barat, Amerika Syarikat dan Israel sudah tentu kemenangan Ikhwan ini sungguh mengecewakan mereka kerana apakah selepas ini Mesir masih mahu bersikap lunak dengan mereka atau dasar luarnya akan berubah.
Kepada golongan sekular baik di Mesir maupun di negara ini, terutama Umno kemenangan Ikhwan ini merupakan satu lagi tamparan kepada perjuangan mereka untuk terus bergayut kepada kuasa walaupun sudah lebih 54 tahun memerintah.
Kemenangan Ikhwan ini pasti mencetuskan kebimbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kabinetnya kerana kemungkinan besar tempiasnya akan dirasai di negara ini.
Kebimbangan dan kebencian Najib kepada gerakan Islam terserlah apabila beliau pernah melabel Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah gerakan teroris atau pengganas dalam satu ucapannya di Turki.
Barangkali Najib hendak mendapat restu dan pengiktirafan dari kuasa Barat dan Amerika Syarikat bagi menyokong pentadbirannya yang dirundung dengan pelbagai masalah.
Najib juga gelisah memandangkan faktor demografi Mesir hampir sama dengan Malaysia. Demonstrasi besar-besaran di Dataran Tahrir hingga menyebabkan kejatuhan Mubarak adalah terdiri daripada anak-anak muda.
Kebanyakan pengundi di Mesir adalah terdiri dari golongan muda dan remaja manakala 40 peratus dari pengundi di Malaysia juga adalah dari golongan muda.
Kebangkitan golongan muda inilah yang digeruni oleh Najib seperti mana yang kita saksikan dalam penyertaan perhimpunan Bersih 3.0 lalu hingga beliau menuduh peserta perhimpunan dan parti pembangkang merancang untuk mengguling kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz turut menyuarakan kebimbangan ini dengan mendakwa botol mineral dan garam pun boleh menjatuhkan kerajaan.
Ciri-ciri yang wujud di Mesir seperti menyekat kebebasan media, kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun semasa zaman Mubarak juga kini sedang dirasai oleh rakyat di negara ini.
Berdasarkan faktor-faktor ini maka mungkin agak sukar bagi Najib untuk mengisytihar tarikh pilihan raya umum akan datang.

Khamis, 5 Julai 2012

Ahad, 1 Julai 2012

PENYERTAAN ANAK SENI TANAHAIR DALAM PAS

PETALING JAYA: “Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan,” kata Abby Abadi. Beliau merupakan seorang lagi artis yang dibuka pintu hatinya untuk menerima pancaran cahaya hidayah daripada Allah SWT.

“Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen …..tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya.

“Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah,” katanya ketika berceramah di atas pentas PAS di Kuala Kedah baru-baru ini.

Kelmarin Hairie Othman, pelakon filem Leftenan Adnan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat pada majlis Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Johor di Johor Baharu.

Nampaknya semakin ramai golongan artis dilanda gelombang kebangkitan Islam dewasa ini dan kembali insaf untuk mempelajari ilmu- ilmu agama bagi mendekatkan diri kepada Allah.

Di antara mereka ialah selebriti seperti Bob Lokman, penyanyi Aishah, pelawak Leman Raja Lawak, Sham Kamikaze dan Raja Dangdut Iwan Syahman yang kembali ke pangkal jalan dan mengenal siapa diri mereka sendiri dalam erti kata yang sebenarnya.

Insaf

Kebanyakan artis yang telah insaf memilih pentas PAS untuk menceritakan pengalaman mereka dan ingin bersama-sama berjuang untuk menegakkan kalimah Allah melalui parti Islam itu.

Artis seperti Abby Abadi sedar bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

Perjuangan PAS yang mengadunkan kerja-kerja dakwah untuk melaksanakan hukum Allah dan pada masa yang sama melibatkan diri dengan aktiviti politik adalah bersesuaian dengan jiwanya.

Apatah lagi PAS dipimpin oleh para ulama’ seperti Nik Aziz dan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi, lebih-lebih lagi mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran dan kenegaraan menurut acuan Islam.

Kini mereka melihat parti Umno sebagai sebuah parti sekuler, perkauman, memisahkan agama dan politik dan ahli-ahlinya semakin jauh daripada Islam berdasarkan peristiwa dan insiden yang berlaku mutakhir ini.

Budaya rasuah, samseng, adu dumba, memfitnah, video lucah, senaman buntut dan berbagai penyelewengan dalam Umno selama ini adalah tidak lagi dipandang sesuai dan relevan pada masa ini.

Sebaliknya mereka melihat PAS sebagai sebuah parti yang bukan sahaja mampu menyekat gejala sosial dan keruntuhan moral terutama di kalangan anak muda dan remaja hari ini tetapi sentiasa berusaha untuk mendaulatkan Islam.

Dekatkan diri dengan Allah

Dalam gerakerja dan aktiviti PAS, terdapat pengajian ilmu agama, usrah, tamrin, halaqah termasuk penganjuran ibadat-ibadat khusus seperti solat berjemah, berdoa, bermunajat yang bertujuan untuk mendapat pengampunan dan mendekatkan diri kepada Allah.

Memandangkan terdapatnya perbezaan yang ketara ini di antara Umno dan PAS maka ramai artis mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan PAS yang menerima Al Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan yang tertinggi seperti tercatat dalam perlembagaan PAS.

Sesungguhnya para artis ini telah menyahut seruan Allah seperti firmanNya dalam ayat 11 dari Surah Ar-Raad, yang selalu kita dengar, yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri sendiri.”

Penghijrahan beramai-ramai artis juga membuktikan bahawa perjuangan PAS selama ini berada pada landasan yang betul dan benar dan sekaligus menolak tohmahan Umno yang masih berpegang dengan fahaman kuno bahawa agama dan politik tidak boleh bercampur.

Abby Abadi merupakan contoh seorang artis yang memahami hakikat bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

Alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah….. -FMT

MEDIA BARU BERJAYA GAGALKAN PROPOGANDA RTM





BANDAR JENGKA: Rakyat negara ini sekarang bernasib baik dengan kemunculan media alternatif internet kerana berjaya menggagalkan propaganda Umno BN melalui televisyen seperti mahu dilakukan kepada perhimpunan Bersih 3.


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pada satu ketika propaganda peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan 18 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU).

(Gambar: Mohamad merasmikan Pejabat PAS Kuala Krau disaksikan Tuan Ibrahim.)

“Bila berlaku Bersih 3 dibuat modus operandi seperti mereka propagandakan tragedi Memali. Kita tahu masa itu Menteri Penerangan Rais Yatim, dia perguna RTM untuk beritahu Ibrahim Libya menganut ajaran sesat, kebal dan sebagainya.

“Propaganda dibuat termasuk menyiarkan drama cerita Guru Yahya yang sesat dan disamakan dengan ajaran Ibrahim Libya. Apabila Umno guna melalui RTM sangat hebat tiap-tiap malam hinggakan PRU selepas itu kita hanya menang satu kerusi parlimen di Pengkalan Chepa.

“Bersih 3 macam itulah juga Rais Yatim nak buat, ditunjukkan perusuh himpunan mengganas termasuk peserta himpunan menterbalikkan kereta polis tapi tak cerita kereta polis sebelum itu langgar empat orang. Bila anak-anak muda tengok Youtube tiada siapa lagi yang percayakan RTM,” katanya.

Tambah Mohamad, itulah nasib Rais yang masih main lagu lama pada tahun 2012 sehingga klip rakaman video polis yang dijanjikan terus tidak disiar setelah sedar peranan media baru.

Mohamad berkata demikian ketika berceramah di Rantau Perintis dekat sini, semalam. Turut berceramah Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim.

Sebelum itu beliau merasmikan pejabat baru PAS Kawasan Kuala Krau

Sabtu, 23 Jun 2012

GAMBAR MENTERI BESAR PAS GUNTING RAMBUT

KUALA LUMPUR: Gambar 2 Menteri Besar PAS menggunting rambut di kedai biasa yang dipaparkan bloghttp://addin77.blogspot.commerupakan artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-25.


Di tangga kedua, ialah berita pengumuman perletakan jawatan Ketua Strategik PKR Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Sambutan hangat ceramah Pakatan Rakyat di Johor oleh bloghttp://omakkau.blogspot.com/ pula menduduki tangga ketiga.

Di tangga keempat, ialah berita mengenai Selebriti terkenal Abby Abadi yang menyatakan beliau kini sedar tuduhan bahawa orang-orang PAS dibayar untuk ke Perhimpunan Hijau di Alor Setar, Kedah baru-baru ini oleh orang-orang tertentu rupa-rupanya tidak benar..

Di tangga kelima pula ialah berita mengenai Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat berjalan seorang diri dan berhenti membeli air di tepi jalan berhampiran Medan Ilmu sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Jumaatnya minggu lalu.






NEGARA BERKEBAJIKAN PAS BELA SEMUA KAUM

KUALA LUMPUR: PAS memberi jaminan bukan sahaja hak bumiputera malah hak kaum lain juga akan lebih terbela jika diberi mandat menerajui negara ini lebih-lebih lagi dengan konsep negara berkebajikan yang digagaskan parti itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata, negara berkebajikan PAS juga akan memastikan negara ini ditadbir lebih baik dengan meletakkan pembangunan seimbang antara fizikal dan rohani.

"Kita tidak mahu membina sebuah negara yang maju dari sudut material dan fizikal, tetapi dipenuhi kemungkaran dari sudut ekonomi, politik dan sosial sehingga mengundang kemurkaan Allah," katanya.

"Kita tidak mahu kekayaan bumi yang Allah beri ini hanya berlegar-legar untuk golongan elit dan pemerintah sahaja," sambungnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program debat Dalam Radar Khas bertajuk 'Malaysia Negara Berkebajikan, Dasar Baharu atau Amalan Sedia Ada' anjuran Bernama Radio 24 di wisma Bernama di sini petang tadi.

Selain beliau, dua lagi panel debat adalah Pengerusi Sekriteriat Ilmuan Malaysia (Ilmu) Dr. Fadlan Mohd Othman dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman.

Debat itu dikemudi Sayed Munawar Sayed Mustar dan Wan Syahrina.

Menurutnya, negara berkebajikan PAS berbeza dengan apa yang dilaksanakan Umno BN pada hari ini dan ianya merupakan alternatif kepada pendekatan kerajaan sekarang.

Antara prinsip asas negara berkebajikan PAS adalah memastikan kepimpinan negara di kalangan orang yang berintegriti dan berakhlak.

Ianya bagi memastikan tiada unsur penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran.

PAS ujarnya telah terbukti mempunyai kepimpinan dengan ciri-ciri tersebut dan dapat dilihat pada model kerajaan negeri Kelantan yang 20 tahun memerintah dengan sifar rasuah.

"Ini menunjukkan nilai integriti kepimpinan yang kita tawarkan," katanya lagi.

Sayed Munawar turut bertanya, jika yang bermasalah itu adalah pemandu (pemimpin) sahaja, kenapa perlu untuk menukar kenderaannya (pemerintahan) sekali.

Nasrudin kemudian menjawab realiti di negara ini, pemandu bukan sahaja bermasalah malah cenderung mengubah struktur kenderaan sekali mengikut citarasa sendiri dan sebab itu ianya harus ditukar.

Beliau turut menjelaskan negara berkebajikan bukanlah dasar baru PAS menggantikan negara Islam tetapi hanya pendekatan yang terangkum dalam negara Islam itu sendiri.

Ianya juga katanya penjenamaan semula agar perjuangan Islam PAS itu lebih mudah diterima semua pihak.

"Memberi nama baru yang seerti dengannya (negara Islam) itu adalah satu kebijaksanaan yang perlu ada pada pemimpin sekarang ini," jelasnya.

KUALA LUMPUR: PAS memberi jaminan bukan sahaja hak bumiputera malah 
KUALA LUMPUR: PAS memberi jaminan bukan sahaja hak bumiputera malah hak kaum lain juga akan lebih terbela jika diberi mandat menerajui negara ini lebih-lebih lagi dengan konsep negara berkebajikan yang digagaskan parti itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata, negara berkebajikan PAS juga akan memastikan negara ini ditadbir lebih baik dengan meletakkan pembangunan seimbang antara fizikal dan rohani.

"Kita tidak mahu membina sebuah negara yang maju dari sudut material dan fizikal, tetapi dipenuhi kemungkaran dari sudut ekonomi, politik dan sosial sehingga mengundang kemurkaan Allah," katanya.

"Kita tidak mahu kekayaan bumi yang Allah beri ini hanya berlegar-legar untuk golongan elit dan pemerintah sahaja," sambungnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program debat Dalam Radar Khas bertajuk 'Malaysia Negara Berkebajikan, Dasar Baharu atau Amalan Sedia Ada' anjuran Bernama Radio 24 di wisma Bernama di sini petang tadi.

Selain beliau, dua lagi panel debat adalah Pengerusi Sekriteriat Ilmuan Malaysia (Ilmu) Dr. Fadlan Mohd Othman dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman.

Debat itu dikemudi Sayed Munawar Sayed Mustar dan Wan Syahrina.

Menurutnya, negara berkebajikan PAS berbeza dengan apa yang dilaksanakan Umno BN pada hari ini dan ianya merupakan alternatif kepada pendekatan kerajaan sekarang.

Antara prinsip asas negara berkebajikan PAS adalah memastikan kepimpinan negara di kalangan orang yang berintegriti dan berakhlak.

Ianya bagi memastikan tiada unsur penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran.

PAS ujarnya telah terbukti mempunyai kepimpinan dengan ciri-ciri tersebut dan dapat dilihat pada model kerajaan negeri Kelantan yang 20 tahun memerintah dengan sifar rasuah.

"Ini menunjukkan nilai integriti kepimpinan yang kita tawarkan," katanya lagi.


Sayed Munawar turut bertanya, jika yang bermasalah itu adalah pemandu (pemimpin) sahaja, kenapa perlu untuk menukar kenderaannya (pemerintahan) sekali.Nasrudin kemudian menjawab realiti di negara ini, pemandu bukan sahaja bermasalah malah cenderung mengubah struktur kenderaan sekali mengikut citarasa sendiri dan sebab itu ianya harus ditukar.Beliau turut menjelaskan negara berkebajikan bukanlah dasar baru PAS menggantikan negara Islam tetapi hanya pendekatan yang terangkum dalam negara Islam itu sendiri.
Ianya juga katanya penjenamaan semula agar perjuangan Islam PAS itu lebih mudah diterima semua pihak.

"Memberi nama baru yang seerti dengannya (negara Islam) itu adalah satu kebijaksanaan yang perlu ada pada pemimpin sekarang ini," jelasnya.

PENDERITAAN SEBENAR ROHINGYA TIDAK DILAPOR

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal usul yang diutarakan oleh YB Datuk Kamarudin Jaffar mengenai Isu Rohiingya telah ditolak di Parlimen baru- baru ini. Ini jelas menunjukkan pihak Speaker Dewan tidak memberi perhatian serius terhadap penderitaan yang dialami oleh etnik Rohingya. Padahal apa yang sedang dideritai oleh warga Rohingya sangat berat dan berkait dengan kestabilan serantau.


Kami juga amat menyesali berita penderitaan dan skala penghapusan etnik Rohingya yang kini berlaku di Wilayah Arakan (sekarang digelar Rakhine), Myanmar tidak dilaporkan dengan tepat oleh media antarabangsa.

Berdasarkan testimoni lisan dari pelarian Rohingya yang ada di Malaysia yang dapat berhubung langsung dengan saudara mara mereka di Myanmar, keadaan sangat berat dan parah.

Laporan berat sebelah disiarkan oleh media antarabangsa seolah warga Rohingya adalah pencetus kepada rusuhan yang kini sudah berlarutan lebih dari dua minggu. Padahal warga Rohingya adalah mangsa yang jelas menanggung penderitaan yang lama iaitu sejak kemerdekaan Myanmar pada 1948 lagi. Mereka sebenarnya menjadi mangsa menunggu diserang pada bila-bila masa oleh etnik Rakhine yang bekerjasama dengan polis dan tentera Myanmar.

Sejak insiden terkini  tercetus pada 3 Jun 2012, media antarabangsa  melaporkan hanya 50  orang yang mati. Padahal mayat ribuan Rohingya yang dibunuh telah diambil oleh polis sehingga media tidak dapat melaporkan bilangan yang tepat.

Dari laporan sebuah badan iaitu persatuan ulama bernama Nadhatul Mufakkirin berpusat di bandar Maungdaw di wilayah Arakan membekal maklumat kepada Mapim bahawa setakat ini jumlah anggaran kematian keseluruhan wilayah Arakan mencecah ribuan orang Rohingya. Kami malah diberi maklum bahawa angkanya mungkin mencecah lebih dari 10,000 orang.

Manakala anggaran yang hilang adalah puluhan ribu orang dan yang ditahan mencecah jumlah 5,000 orang yang kebanyakannya adalah pemuda dari semuda 15 tahun.

Kami juga diceritakan mengenai kes polis menyerbu rumah, menangkap anggota keluarga ikut suka, membawa mereka keluar dan hilang sehingga sekarang. Insiden rogol dan bunuh anak gadis oleh polis juga dilaporkan oleh ahli keluarga Rohingya di Malaysia.
Lebih malang laporan media membayangkan orang Rohingya menjadi dalang pencetus ketegangan yang terbaru ini.

Soalnya bagaimanakah warga Rohingya yang dikenakan pelbagai tekanan seperti tidak boleh bergerak bebas, tidak boleh memiliki telefon bimbit, tidak boleh keluar rumah, boleh melakukan keganasan pada skala yang sangat serius sehingga sekarang.


Mapim memantau melalui berita yang kami perolehi secara langsung dari rakyat Rohingya dari Arakan, laporan dari pelarian Rohingya di Malaysia dan beberapa NGO hak asasi manusia di rantau ini.

Setakat ini puluhan ribu sudah dijangka dibunuh secara kejam. Mengulangi kembali penyembelihan 100,000 orang Rohingya yang dibunuh pada tahun 1945 oleh tentera dan puak estremis etnik Rakhine.


Berita bahawa berlaku pembakaran masjid dan madrasah juga disampaikan kepada Mapim. Laporan terkini yang Mapim terima dari Akyab (Sittwe), ibu negeri wilayah Arakan ialah sebanyak 21 buah masjid dibakar di 16 buah kampung. Mapim dibekalkan nama-nama kampung berkenaan.

Malah Mapim telah menerima laporan kejadian keganasan etnik Rakhine bersama polis di setiap perkampungan yang diserang.

Arahan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa bahawa warga Rohingya tidak dibenarkan menyembahyangkan jenazah serta juga tidak dibenarkan solat Jumaat.

Dalam keadaan yang sudah sedia parah dan azab ini, Mapim mengecam tindakan pihak berkuasa Bangladesh pula menutup sempadan Arakan-Bangladesh. Kini puluhan ribu lagi warga Rohingya cuba menyelamatkan diri melalui puluhan bot untuk menyeberang sungai untuk masuk Bangladesh. Bot dimuat dengan kanak- kanak, wanita, orang tua yang uzur, mereka yang cedera. Ramai yang dilapor mati kerana kebuluran dan tidak mendapat rawatan ketika melarikan diri.

Mapim mengesa delegasi Khas dari Asean dan PBB serta OIC hendaklah segera dihantar ke Arakan untuk menilai keadaan. Tekanan kepada Myanmar hendaklah dilakukan untuk memelihara hak asasi manusia minoriti Rohingya dan yang lain.


Mapim mengumumkan sedang berusaha untuk menghantar delegasi NGO Malaysia untuk misi kemanusiaan ke Arakan secepat mungkin. Kami memutuskan untuk menimbangkan kemungkinan untuk menghantar sebuah kapal kemanusiaan melalui laut bagi menyalurkan bantuan makanan dan ubatan serta khemah pelarian.

Mapim berpendapat negara-negara Asean masih tidak mengambil langkah wajar untuk membendung penghapusan etnik Rohingya setiap hari. Keadaan yang meruncing sehingga ke tahap rogol anak gadis, perampasan harta benda dari rumah, menculik anak muda dan dihilangkan adalah laporan yang tidak keluar di media dan sengaja ditutup dari pengetahuan dunia.

Oleh kerana itu jika keadaan tidak bertambah baik, Mapim tidak ada pilihan selain dari menghantar sukarelawan untuk mendesak kerajaan Myanmar memberi laluan untuk bantuan dibawa masuk ke Arakan.

INILAH HEBATNYA TOK GURU NIK AZIZ

KOTA BHARU: Tidak ada Menteri Besar di mana-mana negeri di negara ini yang melakukan tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan yang seorang ini.

Pagi tadi, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dilihat berjalan seorang diri dan berhenti membeli air di tepi jalan berhampiran Medan Ilmu sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Jumaatnya.

Tindakan beliau ini kemudiannya dirakamkan oleh seorang jurugambar dan gambarnya dimasukkan ke dalam Facebook beliau oleh 'pentadbir' (admin) Facebook itu.

Sehingga kini, selepas setengah jam ia disiarkan, 10,395 orang sudah menyatakan 'like' kepada gambar ini dan 1,347 pengguna Facebook sudah berkongsi gambar ini di laman mereka.

PRU MUSIM HAJI


KUALA LUMPUR:
 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap pengkhianat terhadap agama Islam sekiranya beliau memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum ketika musim haji.

Ia kerana tindakan itu dilihat sebagai menafikan hak orang Islam untuk mengundi, sedangkan begitu banyak tarikh yang lebih sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Menurutnya, jika pilihan raya dilaksanakan pada ketika itu, ia akan menafikan hak lebih 30,000 umat Islam yang dijangka mengerjakan haji untuk mengundi.

"Sebab dengan pilihan raya ini, sesuatu Dun itu boleh kalah dengan majoriti kurang dari 50, 60 begitu.  Manakala, kalau di peringkat parlimen pula mungkin dalam majoriti 100 hingga 200 undi.  300 orangs etip kawasan boleh memberikan 'warna' yang berlainan," tegas beliau.

Justeru, Mustafa berkata, sebagai seorang Perdana Menteri yang beragama Islam, Najib perlu faham dengan sensitiviti berkaitan agama Islam.

Beliau bagaimanapun, mendesak Najib memberi jaminan tidak mengadakan pilihan raya umum pada musim haji bagi menghentikan polemik berkaitan isu tersebut.

"Polemik mengenai isu pilihan raya ketika musim haji ini boleh dihentikan dengan cara mudah iaitu Najib tidak mengadakan pilihan raya pada musim haji.  Kalau dia putuskan tidak buat waktu itu, selesai polemik kerana bagi kita menunaikan haji itu wajib, dalam masa sama mengundi juga wajib," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, Mustafa berkata polemik mengenai isu itu menunjukkan perlunya tarikh pilihan raya ditentukan lebih awal agar rakyat tidak tertanya-tanya.

Sehubungan itu, beliau meminta mufti-mufti yang ebrda di dalam Umno agar menasihati Perdana Menteri itu agar tidak membuat pilihan raya pada musim haji seperti yang pernah diadakan sebelum ini.

Semalam, Najib mengatakan pihaknya tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum akan berlangsung pada musim haji kerana ia pernah berlaku sebelum ini.

Jumaat, 8 Jun 2012

SEJARAH PENUBUHAN PAS

MENGIKUT satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).
Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.
Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).
PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.
Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.
Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.
Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.
Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British.
Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 – 1945.
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi – iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.
Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.
PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.
Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.
MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.
Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.
Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.
Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.
Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.
Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.
Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).
Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:
  1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan – Pengerusi
  2. Ustaz Haji Ahmad Maliki – Setiausaha
  3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah – Anggota
  4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah – Anggota
  5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein – Anggota
  6. Tuan Haji Mansor J.P – Anggota
  7. Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.
Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu – iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.
Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.
Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:
  1. Persatuan guru-guru agama dari Perlis.
  2. Persatuan ulama dari Kedah.
  3. Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.
  4. Kelab Darul Ehsan dari Selangor.
  5. Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.
  6. Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
  7. Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
  8. Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas nama peribadi.
Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:
PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.
Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:
  1. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan – Yang Dipertua Agung
  2. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah – Timbalan Yang Dipertua Agung
  3. Tuan haji Hussin Che D

MENGAPA PAS BERSAMA BERSIH

Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan. Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah S.W.T)

Rasulullah S.A.W bersabda : “Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik “. Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan  Abu Bakar R.A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah S.A.W : “Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat ......”. Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya.

Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain  diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat. Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab. Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil.

Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihanraya. Mereka benar-benar  memahami hak  mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menegakkan negara contoh di Madinah.

Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan  daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan  politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai.  Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.

Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.

Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Water Gate. Di England  pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing. Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem dictatorship terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihanraya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar. Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa. Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah  menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat. Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan  penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil. Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya umum.

Semua yang berlaku adalah kemunkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.

PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah S.A.W mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati. Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.

Rasulullah S.A.W mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Makkah selepas Islamnya Hamzah dan Umar R.A bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim  secara terbuka dan aman tanpa senjata.

Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabatnya, menyebut  peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul: ”Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul  (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya “.


Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei  seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu  di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.

Bersih adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.

PAS berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. UMNO sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah  besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia. Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Akhirnya PAS wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah S.A.W: “Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh Allah“.  Sabdanya lagi: ” Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal “.


PAS tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemunkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.

Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar. Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya.  Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam.

Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama UMNO yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ ( 38
Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Selasa, 5 Jun 2012

SINOPSIS PERLEMBAGAAN PAS

PARTI lslam Se-Malaysia atau ringkasnya disebut PAS adalah sebuah parti politik yang diluluskan pendaftarannya pada 31hb. Mei 1955 dengan Registration No. 733 (Penang). Pada awalnya ia didaftarkan atas nama Persatuan lslam Se-Malaya dengan rujukan kelulusan pendaftarannya 34 in R. of. S 26/52.
Tujuan
Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Dasar
Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar.
Usaha
Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangan tersebut, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah:
1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.
2. Memperjuangkn lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.
5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.
6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam.
9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.
Hukum atau Panduan Perjuangan
Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan menjadi asas panduan dalam perjuangan.
Dengan tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut, segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar.
Akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan Muktamar atau Mesyuarat PAS.
Majlis Syura Ulama
Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukkan itu dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukkan dalam hukum tertinggi PAS dan tidak berlawanan pula dengan dasar PAS, maka sebuah majlis yang dinamakan Majlis Syura Ulama ditubuhkan.
Majlis Syura Ulama berkuasa menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan PAS yang tidak menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya serta membuat ketetapan mengenainya, mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan parti dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS serta memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS.
Majlis ini juga berkuasa melantik ahli-ahli jawatankuasa tatatertib PAS seperti yang terdapat pada fasal 75 Perlembagaan parti.
Keahlian
Mengenai ahli PAS, hanya terdapat satu jenis sahaja keahlian di dalam PAS, iaitu dinamakan Ahli PAS. Untuk menjadi ahli PAS, seseorang itu mestilah Warganegara Malaysia, beragama lslam, akil baligh menurut hukum syarak, menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS dan peraturan, arahan-arahan serta keputusan-keputusan parti dari masa ke semasa.
Seseorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh menjadi ahli PAS tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Canselor universiti berkenaan.
Permohonan menjadi ahli PAS hendaklah dibuat melalui Setiausaha Cawangan di mana ia berkehendak masuk menjadi ahli atau jika ada sesuatu sebab yang munasabah, maka permohonan bolehlah dilakukan terus kepada Setiausaha Kawasan ataupun Setiausaha Agung PAS.
Hak Ahli
Seseorang ahli PAS boleh berhenti atau diberhentikan daripada menjadi ahli apabila memohon atau mengisytiharkan diri keluar daripada PAS, dipecat atau menyertai mana-mana parti politik yang lain.
Semua ahli PAS berhak memilih atau dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti, berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya, berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti, berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti serta berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.
Kewajipan Ahli
Semua ahli-ahli PAS hendaklah taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran lslam yang menjadi dasar PAS, taat dan patuh kepada Perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya, taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah parti, melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh parti sedaya upaya yang boleh, menjaga dengan cermat segala rahsia-rahsia parti, mengamal akhlak lslam, mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti dan menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan lslam bagi diri di dalam negara ini.
Antara kewajipan-kewajipan ahli kepada parti selain daripada yang disebutkan tadi termasuklah menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa, melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus, menghadiri mana-mana kursus, tamrin, atau perhimpunan parti sebagaimana yang ditetap dan diarahkan, memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum lslam, memperkuat kedudukan dan menjaga kehormatan parti sama ada di dalam atau di luar negeri. Pada amnya semua ahli hendaklah melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.

Ahad, 3 Jun 2012

DATUK FAUZI SHAARI MENYERTAI PAS




(Datuk Fauzi menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS - gambar Sinarharian.)

TAIPING: Sebagaimana yang dijangka, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS malam tadi.

Borang permohonan menjadi ahli PAS diserahkan beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan perdana malam tadi.

Ia diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.

Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).


Bukan mahu jadi calon



Dalam ucapannya, Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.

Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.

Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini.

Dalam ceramah itu, Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya PAS melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan.

Rabu, 30 Mei 2012

ADUAN

BIRO PENGADUAN AWAM NEGERI SABAH
http://aduan.sabah.gov.my/bpans/public/bm/complaintform.aspx


AGENSI KERAJAAN
http://www.sabah.gov.my/towns/default.asp?town=Pitas

HIMPUNAN SEJUTA BELIA

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor mengucapkan ‘tahniah’ kepada Umno BN kerana telah ‘berjaya’ meneruskan agenda merosakkan akhlak anak-anak muda Malaysia dengan program hiburan yang melalaikan dan melucahkan sempena himpunan sejuta belia di Putrajaya baru-baru ini.

Ketuanya, Hasbullah Mohamad Dizwan berkata, pihaknya kesal kerana pemimpin tertinggi Umno BN merestui program hiburan melampau dengan aksi tarian yang melucahkan daripada artis luar negara untuk dipertontonkan kepada belia-belia yang hadir di dalam himpunan tersebut.

"Bahkan Perdana Menteri telah merendahkan akhlak beliau sebagai seorang pemimpin beragama Islam apabila turut berada di atas pentas yang sama untuk  meraikan artis terbabit," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

"Apakah sememangnya garis panduan kerajaan pusat ‘menghalalkan’ hiburan melampau dan melucahkan di dalam majlis rasmi kerajaan,"soalnya lagi.

Menurutnya, kerajaan pusat perlu mencontohi garis panduan hiburan Kerajaan Negeri Kelantan di dalam menyediakan hiburan yang yang bermanfaat dan tidak melalaikan kepada para belia dan remaja masakini.

Pengisisn di sambutan Hari Belia itu katanya tidak mencapai sasaran sebenar pembinaan jati diri belia yang akan menjadi pemimpin negara di masa akan datang.

Melebihkan hiburan semata-mata tanpa ada agenda pengisian kerohanian ujarnya menyebabkan himpunan belia hanyalah dipergunakan oleh Umno BN sebagai batu loncatan untuk mencapai kepentingan politik mereka semata-mata.

"Kita mengajak kepada seluruh belia samada di negeri Selangor ataupun di seluruh Malaysia untuk bangkit daripada terus dipergunakan oleh Umno BN dengan agenda yang merosakkan dan memperbodohkan minda para belia kepada memberikan sokongan untuk Pakatan Rakyat supaya para belia akan dimartabatkan di tempat yang sewajarnya," katanya.

TwitterDeliciousFacebookDiggStumbleuponFavoritesMore

 
Design by PasPtas | Bloggerized by PasPtas - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting