Rabu, 8 Mei 2013

APA MAKNA KEPUTUSAN PRU 13




KEPUTUSAN akhirnya BN – 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan PAS, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen – menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.
Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:
1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain – Selangor, Penang and Kelantan – kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:
Selangor – Pakatan 44, BN 12
Penang – Pakatan 30, BN 10
Kelantan – Pakatan 33, BN 12
2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.
3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.
DAP – 38
PKR – 30
PAS – 21
4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).
5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular – 50% berbanding 49% (1% lain-lain).
6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.
7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya – satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen – pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).
8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14
9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.
10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.
11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.
12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.
13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

TERIMA KEPUTUSAN DENGAN SYUKUR DAN SABAR




MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.
Beliau berkata, “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.
“Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.
“Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba,” katanya sebagaimana yang disampaikan melalui Facebooknya.
Dalam pada itu ketika bercakap selepas keputusan pilihan raya ini, Ustaz Hadi berkata, “Kalau kita kalah, kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan.
“Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran.
“Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t. Kita tidak kalah..cuma belum menang,” katanya selepas diumumkan keputusan BN berjaya membentuk semula kerajaan.
PAS menang 22 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke 13 ini berkurang satu kerusi berbanding pilihan raya ke 12.
Tuan Guru Abdul Hadi sendiri mengekalkan kerusi Parlimen Marang di samping DUN Rhu Rendang.
PAS Terengganu berjaya menambah tiga kerusi Parlimen di samping tujuh kerusi DUN dalam pilihan raya ini.
Kerusi Parlimen yang dimenangi adalah Marang (Tuan Guru Abdul Hadi), Kuala Terengganu (Datuk Raja Bahrin), Kuala Nerus (Dr Khairudin Aman Razali) dan Dungun (Haji Wan Hassan).
Mereka kekurangan dua kerusi untuk membentuk kerajaan di negeri itu apabila menang 15 kerusi berbanding BN 17 kerusi.

Khamis, 25 April 2013

ZIARAH 1 KAWASAN PEDALAMAN PITAS


Punca sumber air masyarakat setempat kawasan pedalaman pitas









TwitterDeliciousFacebookDiggStumbleuponFavoritesMore

 
Design by PasPtas | Bloggerized by PasPtas - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting